Manual Pengguna POCKETALK S

  • Daripada persediaan awal sehingga terjemahan
  • Pengawasan keselamatan
    • Sebelum guna
    • Pengendalian
    • Bateri terbina dalam
    • Gangguan elektromagnet
    • Apabila mengecas
    • Apabila membersih
    • Apabila melupuskan
  • Fungsi komunikasi
  • Pengesahan dan Penyediaan
    • Mengesahkan item bungkusan
    • Nama alat ganti
    • Pengecasan
    • Menghidupkan atau mematikan unit
    • Pengoperasian
      • Ketik
      • Tatal
      • Leret
  • Penggunaan
    • Menterjemah
      • Mengubah arah terjemahan
      • Mengubah bahasa terjemahan
      • Menggunakan sejarah terjemahan
    • Skrin asas
    • Ciri yang tersedia daripada Pelancar
    • Teks penterjemahan (terjemahan imej)
      • Menggunakan sejarah terjemahan imej
    • Menggunakan ciri Tukar Unit
    • Menggunakan ciri Main Peranan
    • Menggunakan terjemahan Kegemaran
    • Ciri Medal
  • Pelbagai tetapan untuk unit
    • Tetapan rangkaian mudah alih
    • Menyambung ke Wi-Fi
    • Gandingan dengan peranti Bluetooth
    • Melaras kelantangan
    • Mengubah kecerahan paparan
    • Mengubah saiz teks yang dipaparkan pada unit
    • Mengemas kini perisian unit
    • Meletak ciri yang kerap digunakan pada skrin Laman Utama
    • Menggunakan Skrin Kunci
    • Menggunakan Pusat Pocketalk
    • Menggunakan ciri Notifikasi
    • Menetapkan masa sehingga unit tertidur
    • Menetapkan bahasa paparan unit
    • Tetapan apabila menggunakan Wi-Fi di China
    • Mengesahkan Pelan Komunikasi anda
    • Menyemak pelbagai maklumat mengenai unit
    • Menggunakan ciri Set Semula
  • Memasukkan SIM
  • Pencarisilapan
  • Soalan lazim
  • Spesifikasi
  • Dikilang oleh
  • Mengitar Semula

POCKETALK S
PENTERJEMAH SUARA

Manual Pengguna

image

Versi: 1.2

Tarikh: Julai 2020

Hak cipta (C) SOURCENEXT CORPORATION Hak cipta terpelihara.

  • Home
  • Daripada persediaan awal sehingga terjemahan

Daripada persediaan awal sehingga terjemahan

Persediaan awal diperlukan apabila anda menghidupkan unit buat pertama kali.
Mula-mula, hidupkan unit dan mulakan penterjemahan.

  1. Hidupkan unit.

    Tekan dan tahan butang kuasa pada sisi unit.
    image

  2. Pilih bahasa paparan.

    Pilih bahasa yang akan dipaparkan pada skrin unit dan ketik [OK].
    Selepas mengetik [OK], komunikasi global akan didayakan dan sah selama 2 tahun.
    image

    CATATAN

    Penjelasan akan dipaparkan pada skrin dalam bahasa yang dipilih di sini.

  3. Sahkan status rangkaian mudah alih.

    Sahkan yang unit telah disambung dan kemudian ketik [Seterusnya].
    image

  4. Konfigurasikan Wi-Fi (pilihan).

    Jika anda tidak mahu mengkonfigurasinya sekarang, ketik [SKIP].
    image
    Untuk mengkonfigurasi, tetapkan [Wi-Fi] kepada [Dihidupkan], ketik nama rangkaian yang mahu disambung dan masukkan kata laluan.
    image

  5. Anda telah selesai!

    Setelah menyiapkan persediaan awal, rujuk kepada “Penggunaan” dan cuba terjemahkan!
    image

CATATAN

  • Untuk menterjemah, unit mesti disambungkan ke internet menerusi rangkaian mudah alih atau Wi-Fi.
  • Untuk mengemas kini perisian ke versi terkini, unit mesti disambungkan menerusi Wi-Fi.
  • Home
  • Pengawasan keselamatan

Pengawasan keselamatan

  • Sebelum guna
  • Pengendalian
  • Bateri terbina dalam
  • Gangguan elektromagnet
  • Apabila mengecas
  • Apabila membersih
  • Apabila melupuskan
  • Home
  • Pengawasan keselamatan
  • Sebelum guna

Sebelum guna

Pengawasan dikategorikan sebagai “Amaran” atau “Peringatan”. Ikut pengawasan semasa penggunaan.

imageIni menunjukkan keterangan bahawa, jika tidak diikuti dan tidak ditangani dengan betul, boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan teruk.
imageIni menunjukkan keterangan bahawa, jika tidak diikuti dan tidak ditangani dengan betul, boleh mengakibatkan kecederaan kecil.
imageIni menunjukkan keterangan bahawa, jika tidak diikuti dan tidak ditangani dengan betul, boleh mengakibatkan kegagalan produk, kerosakan bahan atau kehilangan data.

Contoh-contoh petunjuk

Simbol berikut menunjukkan bahawa keterangan tersebut memerlukan perhatian pengguna (termasuk amaran).
image Menunjukkan maklumat peringatan yang melibatkan keselamatan.

Simbol berikut menunjukkan bahawa keterangan tersebut tidak patut dilaksanakan.
image Menunjukkan tindakan yang tidak patut dilaksanakan.

Simbol berikut menunjukkan bahawa keterangan tersebut patut dilaksanakan.
image Menunjukkan tindakan yang mesti dilaksanakan.

  • Home
  • Pengawasan keselamatan
  • Pengendalian

Pengendalian

image
imageJaJangan guna produk ketika berjalan atau memandu kereta, menunggang motosikal atau basikal.
imageJangan sekali-kali menyahpasang, membaiki atau mengubah suai produk.
imageJangan kenakan daya yang berlebihan.
  • Jangan pijak atau letak objek berat di atas produk.
  • Jangan jatuhkan atau campak produk.
imageJauhkan produk daripada cecair seperti air (atau air minuman, peluh, air laut, air kencing haiwan kesayangan dll.).
imageJangan biarkan objek asing pengalir elektrik, (seperti kepingan logam atau mata pensel) masuk atau menyentuh port USB pada unit atau penyambung kabel USB yang disertakan. Juga, jangan biarkan habuk terkumpul di dalamnya.
imageJangan rosakkan kabel USB yang disertakan.
imageJika terdapat sesuatu yang pelik seperti bau, bunyi bising, asap atau haba, segera matikan produk dan hentikan penggunaan.
image
imageJangan gunakan, ubah atau simpan di tempat lembap, berhabuk ataupun terlalu panas atau sejuk.
imageJangan sentuh produk dalam tempoh yang terlalu lama semasa menggunakan atau mengecas.
Produk boleh menjadi panas semasa penggunaan yang berterusan atau ketika mengecas. Ini perkara biasa.
imageApabila menggunakan produk, Apabila menggunakan produk, jauhkan unit (dan tangan yang memegang) sekurang-kurangnya 5 mm dari tubuh anda.
image
imageJangan tekan paparan skrin sentuh dengan daya yang berlebihan atau operasikan dengan objek tajam.
  • Home
  • Pengawasan keselamatan
  • Bateri terbina dalam

Bateri terbina dalam

image
imageJangan tinggalkan atau simpan di tempat bersuhu tinggi seperti berhampiran dengan api.
imageJangan tujah dengan objek tajam (seperti paku) atau ketuk dengan objek keras (seperti tukul).
imageJika bateri terbina dalam bocor atau mengeluarkan bau aneh, segera hentikan penggunaan dan jauhkan daripada api.
imageJika bateri terbina dalam bocor, jauhkan daripada pakaian atau kulit seperti muka atau tangan anda.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan pada mata dan kulit anda.
imagePastikan bateri tidak terdedah pada keadaan yang amat sejuk melampaui julat pengoperasiannya, sama ada semasa digunakan, disimpan atau dibawa.
imageElak kawasan bertekanan atmosfera rendah seperti altitud tinggi.
  • Home
  • Pengawasan keselamatan
  • Gangguan elektromagnet

Gangguan elektromagnet

image
imageGunakan produk dengan betul dalam pesawat mengikut arahan syarikat penerbangan.
imageDi hospital atau di tempat berperanti elektronik yang memerlukan kawalan kejituan tinggi dan isyarat yang lemah, gunakan produk dengan betul mengikut arahan pentadbir.
imageJika anda memakai peranti perubatan elektronik, atau menggunakan peranti perubatan elektronik selain daripada peranti perubatan boleh implan untuk rawatan di rumah, sahkan kesan gelombang elektromagnet dengan pengeluar atau pengedar peranti perubatan elektronik sebelum digunakan.
  • Home
  • Pengawasan keselamatan
  • Apabila mengecas

Apabila mengecas

image
imageGunakan kabel USB yang disertakan dan cas menggunakan prosedur yang ditentukan.
Mengecas dengan prosedur yang tidak ditentukan boleh menyebabkan bateri bocor, menjadi panas atau pecah.
Juga, apabila mengecas di luar negara, gunakan pengecas USB yang serasi di luar negara.
  • Home
  • Pengawasan keselamatan
  • Apabila membersih

Apabila membersih

image
imageJangan gunakan benzena, bahan pencair atau alkohol.
Ia boleh melusuhkan permukaan luar atau mencairkan alat ganti.
Jika produk kotor, lapkan dengan kain lembut yang kering (seperti kain untuk cermin mata).
  • Home
  • Pengawasan keselamatan
  • Apabila melupuskan

Apabila melupuskan

image
imageJangan buang produk bersama sampah sarap biasa.
Produk ini menggunakan bateri ion litium, membuangnya bersama sampah biasa boleh menyebabkan kebakaran. Lupuskan produk yang tidak lagi digunakan mengikut ordinan atau pengawalseliaan pihak berkuasa tempatan anda berkaitan pelupusan sisa.
  • Home
  • Fungsi komunikasi

Fungsi komunikasi

Jika anda gunakan produk berhampiran peranti elektronik lain, gangguan elektromagnet boleh berlaku. Dalam kes sedemikian, ubah lokasi atau matikan peranti lain tersebut (hentikan emisi gelombang elektromagnet).

  • Apabila produk terjejas oleh gelombang elektromagnet, hingar mungkin lebih banyak berlaku atau komunikasi mungkin dinyahdayakan (terutamanya semasa menggunakan gelombang mikro).
  • Jika produk itu hampir dengan TV atau radio, ia boleh mengganggu penerimaan atau skrin TV mungkin mengherot.
  • Jika beberapa titik akses LAN wayarles berhampiran menggunakan saluran yang sama, produk mungkin tidak dapat membuat carian dengan tepat.
  • Gunakan produk ini di dalam bangunan sahaja apabila beroperasi dalam frekuensi berjulat 5150 hingga 5350 MHz.
  • Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap kebocoran data dan maklumat yang berlaku semasa komunikasi Bluetooth dan Wi-Fi.

Produk ini mematuhi peruntukan berkaitan Pensijilan Keakuran Pengawalseliaan Teknikal terhadap Kelengkapan Radio Tertentu berdasarkan Akta Radio, dan peruntukan berkaitan Pensijilan Keakuran Pengawalseliaan Teknikal terhadap Peranti Terminal berdasarkan Akta Perniagaan Telekomunikasi. Sebagai bukti, anda boleh sahkan “Lambang Keakuran Teknikal” dengan operasi berikut.

Skrin Utama > Menu > Maklumat > Pensijilan

Pensijilan Keakuran Pengawalseliaan Teknikal menjadi tidak sah sekiranya produk diubah suai. Jangan sekali-kali mengubah suai produk, kerana penggunaan dalam keadaan sedemikian mencabuli Akta Radio dan Akta Perniagaan Telekomunikasi.
Apabila menggunakan produk di luar negara, sahkan syarat-syarat seperti undang-undang dan pengawalseliaan di negara/rantau tersebut.

  • Home
  • Pengesahan dan Penyediaan

Pengesahan dan Penyediaan

  • Mengesahkan item bungkusan
  • Nama alat ganti
  • Pengecasan
  • Menghidupkan atau mematikan unit
  • Pengoperasian
  • Home
  • Pengesahan dan Penyediaan
  • Mengesahkan item bungkusan

Mengesahkan item bungkusan

Di samping unit tersebut, sahkan yang item-item berikut disertakan.

imageimageimage
UnitPengecas USB
(AC 100-240V 50-60Hz)
Kabel pengecasan USB
(Penyambung unit: USB Jenis C
Penyambung pengecas: USB Jenis A)
  • Panduan Permulaan
  • Manual Pengguna (dokumen ini)
  • Perjanjian lesen pengguna akhir
  • Kad pendaftaran pengguna/Waranti perkakasan
  • Home
  • Pengesahan dan Penyediaan
  • Nama alat ganti

Nama alat ganti

image
  1. Pembesar Suara
  2. Mikrofon
  3. Slot kad SIM
  4. Paparan sentuh
  5. Butang cakap
  6. Butang kuasa
  7. Butang kelantangan
  8. Kamera
  9. Denyar
  10. Lubang tali
  11. Port USB
  • Home
  • Pengesahan dan Penyediaan
  • Pengecasan

Pengecasan

Cas menggunakan pengecas USB dan kabel USB yang disertakan.

image
  • Home
  • Pengesahan dan Penyediaan
  • Menghidupkan atau mematikan unit

Menghidupkan atau mematikan unit

Jika anda tekan dan tahan butang kuasa di sisi unit, unit dan paparan akan dihidupkan.
image

Untuk mematikan unit, tekan dan tahan butang kuasa sekali lagi, dan ketik [Matikan kuasa].
image

Untuk memulakan semula unit, ketik [Mulakan semula].

  • Home
  • Pengesahan dan Penyediaan
  • Pengoperasian

Pengoperasian

Unit ini menampilkan paparan sentuh. Manual Pengguna ini menggunakan terma berikut untuk menerangkan operasinya.

  • Ketik
  • Tatal
  • Leret
  • Home
  • Pengesahan dan Penyediaan
  • Pengoperasian
  • Ketik

Ketik

Menyentuh skrin dengan hujung jari anda dipanggil “ketik”, iaitu operasi yang biasa digunakan. Menyentuh skrin dan mengekalkan jari anda di situ dipanggil “ketik dan tahan”.

image
  • Home
  • Pengesahan dan Penyediaan
  • Pengoperasian
  • Tatal

Tatal

Leret berulang kali untuk melihat bahagian lain pada skrin seperti senarai dipanggil “tatal”.

image
  • Home
  • Pengesahan dan Penyediaan
  • Pengoperasian
  • Leret

Leret

Seret hujung jari pada skrin dalam satu arah dipanggil “leret”.

image
  • Home
  • Penggunaan

Penggunaan

  • Menterjemah
  • Skrin asas
  • Ciri yang tersedia daripada Pelancar
  • Teks penterjemahan (terjemahan imej)
  • Menggunakan ciri Tukar Unit
  • Menggunakan ciri Main Peranan
  • Menggunakan terjemahan Kegemaran
  • Ciri Medal
  • Home
  • Penggunaan
  • Menterjemah

Menterjemah

Anda boleh menterjemah cuma dengan menekan butang dan bercakap pada unit.

  1. Sambil menekan dan menahan image, cakap pada unit apabila anda mendengar bunyi bip (lepaskan jari anda daripada butang apabila selesai bercakap).

    image
  2. Semak hasil terjemahan.

    Perkataan yang anda tuturkan dan hasil terjemahan akan dipaparkan pada skrin sebagai teks, dan hasil terjemahan akan dimain balik sebagai pertuturan.
    Sesetengah bahasa hanya dipaparkan sebagai teks, tanpa main balik pertuturan.
    image
    Laraskan kelantangan apabila perlu.
    imageMelaras kelantangan

  • Home
  • Penggunaan
  • Menterjemah
  • Mengubah arah terjemahan

Mengubah arah terjemahan

Bahasa terjemahan dipaparkan berpasangan di bahagian atas dan bawah skrin.
Bahasa yang berlatar belakang biru diterjemah kepada bahasa yang berlatar belakang hitam (mengikut arah andak panah).
image

Anda boleh mengubah arah terjemahan dengan mengetik image.
image

  • Home
  • Penggunaan
  • Menterjemah
  • Mengubah bahasa terjemahan

Mengubah bahasa terjemahan

Jika anda mengetik bahasa yang mahu diubah, senarai bahasa akan dipaparkan.
image

Tatal menerusi senarai bahasa, pilih bahasa yang mahu digunakan dan ketik [OK] di bahagian atas kiri.
image

Anda boleh mencari bahasa yang dimahukan dengan mudah menggunakan kaedah berikut.

imagePilih daripada bahasa yang telah anda gunakan sebelumnya.
imagePaparkan senarai negara. Pilih daripada bahasa utama yang digunakan di sesebuah negara.
imageJika ikon ini dipaparkan pada skrin, tekan image pada unit untuk mencari melalui suara.
  • Home
  • Penggunaan
  • Menterjemah
  • Menggunakan sejarah terjemahan

Menggunakan sejarah terjemahan

Anda boleh gunakan semula terjemahan sebelumnya.

Jika anda meleret bahagian teratas skrin ke bawah, terjemahan sebelumnya akan dipaparkan dalam kotak petak bual.
image

Anda boleh melihat terjemahan terdahulu sambil anda menatal ke atas.
Sejarah menyimpan sehingga 10,000 terjemahan.
image

Menggunakan ciri terjemahan semula

Anda boleh menterjemah semula teks yang diterjemah ke dalam bahasa lain.

Ketik dan tahan petak bual terjemahan yang mahu diterjemah semula.
image

Ketik Retranslation.
image

Tatal menerusi senarai bahasa, pilih bahasa yang mahu digunakan dan ketik [OK] di bahagian atas kiri.

Menggunakan ciri terjemahan balik

Anda boleh menterjemah balik teks yang diterjemah ke dalam bahasa asal.

Ketik dan tahan petak bual terjemahan yang mahu diterjemah balik.
image

Ketik Terjemahan sebaliknya.
image

Menambah terjemahan pada Kegemaran

Leret petak bual terjemahan yang mahu ditambah ke kanan.
Anda boleh menambah sehingga 500 terjemahan pada Kegemaran.

imageMenggunakan terjemahan Kegemaran

Memadam terjemahan sebelumnya

Leret petak bual terjemahan yang mahu dipadam ke kiri.
image

  • Home
  • Penggunaan
  • Skrin asas

Skrin asas

Seksyen ini menerangkan tentang skrin Laman Utama yang digunakan untuk terjemahan, Pelancar digunakan untuk ciri lain, dan skrin kunci.

Skrin Laman Utama dan Pelancar

image
AMemaparkan Pelancar.
BMelancarkan sejarah terjemahan apabila meleret ke bawah.
imageMenggunakan sejarah terjemahan
CCiri yang kerap digunakan boleh diletak di sini.
imageMeletak ciri yang kerap digunakan pada skrin Laman Utama
DMengubah bahasa yang hendak diterjemah (latar belakang biru menunjukkan bahasa sumber).
EKembali ke skrin Laman Utama.
FMemaparkan status berikut dari kiri ke kanan.
  • Status rangkaian mudah alih
  • Status rangkaian Wi-Fi
  • Paras bateri
GMenyediakan ciri berguna selain daripada terjemahan. Untuk butiran, rujuk kepada Ciri yang tersedia daripada Pelancar.

Skrin kunci

image

Jika tetapan skrin kunci dihidupkan, skrin kunci akan dipaparkan apabila unit tidak digunakan dalam tempoh masa tertentu.

Untuk menyahkunci skrin, leret peluncur.

Perihal skrin kunci

Baris atas memaparkan lokasi dan masa semasa.
Baris bawah memaparkan lokasi dan masa lawatan sebelumnya.

  • Home
  • Penggunaan
  • Ciri yang tersedia daripada Pelancar

Ciri yang tersedia daripada Pelancar

Anda boleh menggunakan ciri berguna berikut.

imageKameraMenterjemah teks yang ditangkap. Anda boleh menterjemah bahasa yang tidak difahami dengan mudah, seperti papan tanda bandar dan menu restoran.
imageTeks penterjemahan (terjemahan imej)
imageTukar UnitMenukar mata wang, panjang, berat dan suhu ke unit tempatan.
imageMenggunakan ciri Tukar Unit
imageKegemaranMenyimpan hasil terjemahan yang kerap digunakan untuk kegunaan akan datang.
imageMenggunakan terjemahan Kegemaran
imageMedalMemaparkan medal yang diperoleh menerusi kegunaan berterusan dalam pelbagai situasi.
imageCiri Medal
imageMain PerananMenggunakan AI untuk latihan perbualan bahasa asing dalam kebanyakan tetapan seperti lapangan terbang atau hotel.
imageMenggunakan ciri Main Peranan
imageTetapanMembolehkan konfigurasi pelbagai tetapan seperti tetapan rangkaian, kelantangan, kecerahan skrin dan saiz teks.
imagePelbagai tetapan untuk unit
imageFrasa TetapMembolehkan penambahan ciri [Frasa Tetap] jika anda menggunakan [Tetapan] - [Pusat Pocketalk].
  • Home
  • Penggunaan
  • Teks penterjemahan (terjemahan imej)

Teks penterjemahan (terjemahan imej)

Anda boleh menterjemah teks dengan mudah seperti papan tanda bandar dan menu restoran.

  1. Ketik image- image [Kamera].

    Hadapkan kamera ke arah teks yang mahu diterjemah.

    • Jika sekeliling anda gelap, ketik image (denyar).

    Untuk mengubah bahasa sasaran, ketik nama bahasa di sebelah kanan.
    image

  2. Ambil foto teks.

    Tekan butang image untuk mengambil foto.

    • Selepas foto diambil, previu akan dipaparkan.
    image
  3. Tentukan kawasan yang hendak diterjemah.

    Sentuh salah satu daripada empat penjuru bingkai dengan jari anda dan gerakkan untuk mengubah saiz bingkai.
    image
    Sentuh pusat bingkai dengan jari untuk menggerakkan kawasan terjemahan.

    • Apabila telah memutuskan kawasan yang hendak diterjemah, ketik image.
    image
  4. Semak hasil terjemahan.

    Hasil terjemahan akan dipaparkan di atas teks imej. Jika anda mengetik hasil terjemahan, teks akan dipaparkan sebagai pop timbul.
    image
    Jika anda ketik [ikon Mod Baris], Mod Baris akan dimulakan.
    Jika anda mahu menterjemah baris demi baris seperti menu restoran, ketik [ikon Mod Baris].
    image
    image
    Mengetik image di bahagian atas skrin memain balik teks yang diterjemah, dan mengetik image di bahagian bawah skrin akan memain balik teks sumber.

    • Untuk menutup pop timbul, ketik image.
    • Apabila anda selesai menterjemah, ketik image untuk menutup hasil tinjauan, dan ketik image di bahagian atas kiri untuk kembali ke skrin Laman Utama.

    image

CATATAN

  • Untuk senarai bahasa yang disokong oleh terjemahan kamera, rujuk kepada laman web berikut.
    https://rd.snxt.jp/PS864
  • Ciri ini tidak tersedia jika [Rantau penggunaan] ditetapkan kepada [China].
  • Home
  • Penggunaan
  • Teks penterjemahan (terjemahan imej)
  • Menggunakan sejarah terjemahan imej

Menggunakan sejarah terjemahan imej

Anda boleh gunakan semula terjemahan imej sebelumnya.

Jika anda mengetik lakaran kenit di puncak skrin, sejarah terjemahan skrin akan dipaparkan sebagai senarai.

  • Sejarah terjemahan imej disimpan sehingga 100 terjemahan.
image

Ketik imej yang mahu diguna semula untuk menarik balik data terjemahan.

image

Anda boleh padamkan terjemahan imej yang dipilih dengan mengetik dan menahan sejarah terjemahan imej. Untuk memadam semua item, rujuk kepada Menggunakan ciri Set Semula.

  • Home
  • Penggunaan
  • Menggunakan ciri Tukar Unit

Menggunakan ciri Tukar Unit

Anda boleh menukar unit seperti mata wang dan berat. Ciri ini mungkin berguna dalam keadaan seperti membeli belah di luar negara.

  1. Ketik image- image [Tukar Unit].

    Skrin [Tukaran] dipaparkan.
    image

  2. Pilih mata wang yang hendak ditukar.
    image

    Ketik butang pemilihan mata wang dan pilih mata wang.
    Baris atas: Mata wang sumber
    Baris bawah: Mata wang sasaran

    • Jika anda mengetik image, baris atas mengubah mata wang lokasi semasa secara automatik.
  3. Masukkan amaun di dalam medan input.

    Apabila anda masukkan amaun di baris atas, amaun yang ditukar dipaparkan di baris bawah.
    image: Memadamkan aksara.
    image: Memadamkan semua nombor.
    image

    • Kadar penukaran dikemas kini sekali sehari apabila ciri ini dimulakan.

Bertukar unit tukaran

Jika anda masukkan amaun di baris bawah, amaun yang ditukar dipaparkan di baris atas.

Mengubah jenis penukaran

Ketik [Tukaran▼] dan pilih daripada empat jenis berikut.

  • Mata wang
  • Panjang
  • Berat
  • Suhu
  • Home
  • Penggunaan
  • Menggunakan ciri Main Peranan

Menggunakan ciri Main Peranan

Anda boleh berlatih penukaran lazim melalui tetapan.

CATATAN

Pelajaran hanya tersedia dalam bahasa Inggeris (AS) dan Cina (Ringkas). (Setakat Mei 2020)

  1. Ketik image- image [Main Peranan].

    Bahasa yang tersedia akan dipaparkan.
    image

    Tetapan biasa dipaparkan seperti lapangan terbang atau hotel.
    image

    Jika anda menekan butang di bahagian atas kanan, skrin pemilihan bahasa akan dipaparkan.

  2. Pilih pelajaran.

    Ketik tetapan dan senarai pelajaran akan dipaparkan.
    Ketik pelajaran yang mahu dilatih.
    image

  3. Perbualan latihan.

    Aksara akan muncul dan bercakap dengan anda.
    Sambil menekan image, balas aksara itu dengan respons yang sesuai.
    image

Apabila pelajaran selesai, ketik butang dan pilih pelajaran lain.

  • Home
  • Penggunaan
  • Menggunakan terjemahan Kegemaran

Menggunakan terjemahan Kegemaran

Anda boleh menarik balik frasa yang ditambah pada Kegemaran daripada sejarah terjemahan.

CATATAN

Apabila anda membeli unit, [Kegemaran] tidak tersedia dalam Pelancar pada awalnya. Ia akan dipaparkan apabila anda menambah frasa yang dipaparkan dalam sejarah terjemahan pada Kegemaran.
imageUntuk menambah terjemahan pada Kegemaran

  1. Ketik image- image [Kegemaran].

    Kegemaran yang ditambah daripada sejarah terjemahan dipaparkan.
    image

  2. Ketik frasa yang mahu digunakan.

    Frasa itu dimain balik.
    image

Memadam Kegemaran

Leret frasa ke kiri untuk memadamnya daripada Kegemaran.
image

  • Home
  • Penggunaan
  • Ciri Medal

Ciri Medal

Anda boleh meraih medal dengan memenuhi syarat tertentu, seperti berapa kali diterjemah atau bilangan negara yang dilawati.

  1. Ketik image- image [Medal].

    Anda boleh meraih medal dengan memenuhi syarat seperti “Diterjemah 10 kali” atau “Melawat 2 negara”.
    Terdapat tiga jenis medal berdasarkan kesukaran: Emas, perak dan gangsa.
    image

Ketik pada medal dan semak bila anda meraihnya.

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit

Pelbagai tetapan untuk unit

Perihal [Menu]

Membolehkan konfigurasi pelbagai tetapan seperti tetapan rangkaian, kelantangan, kecerahan skrin dan saiz teks.

  1. Ketik image- image [Menu].

    Senarai pelbagai tetapan untuk unit dipaparkan.

    • Tatal senarai ke atas untuk menyemak kesemua ciri.
    image

Anda boleh mengkonfigurasikan perkara berikut.

Data Mudah Alih
Sambungkan unit ke rangkaian mudah alih.
imageTetapan rangkaian mudah alih
Wi-Fi
Sambungkan unit ke Wi-Fi.
imageMenyambung ke Wi-Fi
Bluetooth
Sambungkan unit ke peranti Bluetooth.
imageGandingan dengan peranti Bluetooth
Kelantangan
Tetapkan kelantangan seperti bunyi sistem unit.
imageMelaras kelantangan
Tahap kecerahan
Laraskan kecerahan paparan dengan peluncur.
imageMengubah kecerahan paparan
Saiz Teks
Pilih daripada lima saiz.
imageMengubah saiz teks yang dipaparkan pada unit
Kemas Kini Perisian
Pastikan unit dikemas kini dengan versi mutakhir.
imageMengemas kini perisian unit
Pintasan
Letakkan ciri yang kerap digunakan pada skrin Laman Utama.
imageMeletak ciri yang kerap digunakan pada skrin Laman Utama
Skrin kunci
Kunci skrin untuk untuk mencegah operasi tidak sengaja.
imageMenggunakan Skrin Kunci
Pusat Pocketalk
Pelbagai ciri tersedia dengan menggunakan Pusat Pocketalk, seperti memautkan unit dengan telefon pintar atau memuat turun [Frasa Tetap].
imageMenggunakan Pusat Pocketalk
Tetapan notifikasi
Terima notifikasi seperti kemas kini perisian.
imageMenggunakan ciri Notifikasi
Tetapan Tidur
Pilih daripada 15 saat, 30 saat, 1 minit, 10 minit atau Matikan.
imageMenetapkan masa sehingga unit tertidur
Bahasa
Pilih bahasa paparan unit.
imageMenetapkan bahasa paparan unit
Rantau penggunaan
Tetapkan rantau tempat unit digunakan.
imageTetapan apabila menggunakan Wi-Fi di China
Pelan Komunikasi
Sahkan kesahihan pelan komunikasi global anda. (Model dengan komunikasi global terbina dalam)
imageMengesahkan Pelan Komunikasi anda
Maklumat
Semak maklumat seperti perjanjian lesen pengguna akhir.
imageMenyemak pelbagai maklumat mengenai unit
Set semula
Padam sejarah atau Kegemaran, ataupun pulihkan unit ke tetapan ketentuan kilang.
imageMenggunakan ciri Set Semula
  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Tetapan rangkaian mudah alih

Tetapan rangkaian mudah alih

Seksyen ini menerangkan cara untuk menghidupkan/mematikan komunikasi mudah alih dan bertukar SIM.

  1. Ketik image- image [Menu] - [Data Mudah Alih].

    image

Menghidupkan/mematikan komunikasi mudah alih

Ketik suis luncur untuk bertukar antara [ON] dan [OFF].

Bertukar SIM

Ketik [Kad SIM untuk digunakan] untuk memilih SIM yang mahu digunakan.

Untuk menggunakan kad SIM daripada pembawa berbeza, rujuk kepada “Memasukkan SIM” untuk memasukkan kad SIM, ikut arahan penyedia kad SIM, dan tetapkan titik akses.

CATATAN

Unit ini menyokong kad SIM nano sahaja.

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Menyambung ke Wi-Fi

Menyambung ke Wi-Fi

Seksyen ini menerangkan cara untuk menghidupkan/mematikan komunikasi Wi-Fi dan menetapkan titik akses.

  1. Ketik image- image [Menu] - [Wi-Fi].

    image

Menghidupkan/mematikan komunikasi Wi-Fi

Ketik suis luncur untuk bertukar antara [ON] dan [OFF].

Menyambung ke titik akses

Ketik titik akses yang mahu disambungkan dan masukkan kata laluan. Untuk butiran, hubungi pentadbir titik akses.

Menyambung ke titik akses yang tidak dipaparkan

Ketik [+] di bahagian atas skrin dan masukkan maklumat berikut.

  • Nama rangkaian
  • Sekuriti
  • Kunci laluan

Untuk butiran, hubungi pentadbir titik akses.

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Gandingan dengan peranti Bluetooth

Gandingan dengan peranti Bluetooth

Anda boleh pilih peranti Bluetooth seperti fon kepala dan pembesar suara.

  1. Ketik image- image [Menu] - [Bluetooth].

    image

Menghidupkan/mematikan Bluetooth

Ketik suis luncur untuk bertukar antara [ON] dan [OFF].

Gandingan dengan peranti Bluetooth

Jika anda masukkan peranti Bluetooth yang mahu digandingkan ke dalam mod gandingan, ia akan dipaparkan di dalam [Senarai peranti tersedia]. Jika anda mengetik nama peranti yang dipaparkan, ia akan digandingkan dan dipaparkan di dalam [Senarai peranti dipadankan]. Jika ia masih tidak dipaparkan, ketik image.

Nyahganding

Ketik peranti yang mahu dinyahganding, yang dipaparkan di dalam [Senarai peranti dipadankan].

Apabila “Adakah anda ingin memutuskan sambungan daripada peranti Bluetooth semasa?” dipaparkan, ketik [OK].

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Melaras kelantangan

Melaras kelantangan

Tetapkan kelantangan suara bahasa sumber atau kesan bunyi operasi.

  1. Ketik image- image [Menu] dan gerakkan image pemegang.

    Gerak ke kanan untuk meningkatkan kelantangan, atau gerak ke kiri untuk mengurangkannya.
    image
    Anda juga boleh melaras kelantangan dengan butang kelantangan di sisi kanan unit.
    image

    1. Kelantangan naik
    2. Kelantangan turun
  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Mengubah kecerahan paparan

Mengubah kecerahan paparan

  1. Ketik image- image [Menu] - [Tahap kecerahan].

    Gerakkan peluncur untuk melaraskan kecerahan paparan.
    Gerak ke kanan untuk meningkatkan kecerahan, atau gerak ke kiri untuk mengurangkannya.
    image

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Mengubah saiz teks yang dipaparkan pada unit

Mengubah saiz teks yang dipaparkan pada unit

  1. Ketik image- image [Menu] - [Saiz Teks].

    Pilih daripada lima saiz.
    image

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Mengemas kini perisian unit

Mengemas kini perisian unit

CATATAN

Untuk memuat turun perisian, paras bateri mestilah sekurang-kurangnya 30% dan unit mesti disambungkan ke internet menerusi Wi-Fi.

  1. Ketik image- image [Menu] - [Kemas Kini Perisian].

    Unit akan dikemas kini jika terdapat perisian yang lebih baharu.
    Ketik [Kemas Kini].
    image

Untuk menerima pemberitahuan mengenai kemas kini perisian

Anda boleh menerima pemberitahuan apabila versi perisian baharu dikeluarkan.
Untuk butiran, rujuk kepada “Menggunakan ciri Notifikasi”.

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Meletak ciri yang kerap digunakan pada skrin Laman Utama

Meletak ciri yang kerap digunakan pada skrin Laman Utama

Anda boleh meletak pintasan untuk ciri yang kerap digunakan di bahagian atas skrin Laman Utama.

  1. Ketik image- image [Menu] - [Pintasan].

    Senarai ciri yang boleh ditetapkan sebagai pintasan dipaparkan. Ketik nama ciri yang mahu diletakkan.
    image

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Menggunakan Skrin Kunci

Menggunakan Skrin Kunci

Ciri ini mengunci skrin selepas masa ditetapkan dalam [Tetapan Tidur] telah berlalu.

  1. Ketik image- image [Menu] - [Skrin Kunci].

    image

Menghidupkan/mematikan ciri kunci

Ketik suis luncur untuk bertukar antara [ON] dan [OFF].

Memaparkan lokasi dan masa lawatan sebelumnya

Lokasi dan masa lawatan sebelumnya boleh dipaparkan ketika skrin dikunci.
Ketik [Paparkan sejarah Jam] untuk hidupkannya [ON].

Menetapkan notasi masa (12-jam/24-jam)

Anda boleh tetapkan notasi masa yang dipaparkan pada skrin kunci.
Pilih notasi daripada [Notasi] mengikut keutamaan anda.

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Menggunakan Pusat Pocketalk

Menggunakan Pusat Pocketalk

Dengan menggunakan “Pusat Pocketalk” Sourcenext, anda kini boleh melihat sejarah terjemahan unit tersebut pada telefon pintar atau komputer, dan memuat turun frasa tetap yang berguna.

  1. Ketik image- image [Menu] - [Pusat Pocketalk].

    Kod QR dan URL untuk mengakses Pusat Pocketalk dipaparkan.
    Akses menggunakan telefon pintar atau komputer, dan di skrin yang dipaparkan, masukkan nombor keizinan yang terpapar pada unit.
    image

Dari sini, ikut arahan pada skrin.

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Menggunakan ciri Notifikasi

Menggunakan ciri Notifikasi

  1. Tap image- image [Menu] - [Notifikasi].

    Dengan menetapkan pemberitahuan, anda boleh menerima jenis pemberitahuan berikut.

    • Apabila kemas kini perisian tersedia
    • Apabila pingat diraih
    image
  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Menetapkan masa sehingga unit tertidur

Menetapkan masa sehingga unit tertidur

Paparan dimatikan dan menjimatkan kuasa bateri apabila unit tidak digunakan bagi jumlah masa yang ditetapkan.

  1. Ketik image- image [Menu] - [Tetapan Tidur].

    Anda boleh memilih daripada lima pilihan.
    image

CATATAN

Jika [Skrin kunci] [ON], skrin kunci akan dipaparkan apabila unit terjaga daripada mod tidur.

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Menetapkan bahasa paparan unit

Menetapkan bahasa paparan unit

  1. Ketik image- image [Menu] - [Bahasa].

    Pilih daripada senarai bahasa yang dipaparkan pada unit dan ketik [OK].
    Tatal senarai ke atas untuk menyemak kesemua bahasa.
    image

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Tetapan apabila menggunakan Wi-Fi di China

Tetapan apabila menggunakan Wi-Fi di China

  1. Ketik image- image [Menu] - [Rantau penggunaan].

    Jika anda menggunakan Wi-Fi di China, pilih [China] dan ketik [OK].
    Apabila anda pergi ke negara lain, berbalik ke [Global].
    Bilangan bahasa sokongan yang dipaparkan mungkin berkurangan ketika [China] dipilih.
    image

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Mengesahkan Pelan Komunikasi anda

Mengesahkan Pelan Komunikasi anda

  1. Ketik image- image [Menu] - [Pelan Komunikasi].

    Sahkan tempoh kontrak bagi pelan transmisi data anda.

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Menyemak pelbagai maklumat mengenai unit

Menyemak pelbagai maklumat mengenai unit

Anda boleh menyemak maklumat seperti versi perisian dan alamat MAC unit.

  1. Ketik image- image [Menu] - [Maklumat].

    Selain daripada [Maklumat Peranti], anda boleh menyemak maklumat seperti [EULA].
    image

  • Home
  • Pelbagai tetapan untuk unit
  • Menggunakan ciri Set Semula

Menggunakan ciri Set Semula

Anda boleh gunakan ciri set semula unit untuk melakukan perkara berikut.

  • Padam semua sejarah terjemahan
  • Padam semua sejarah terjemahan kamera
  • Padam semua Kegemaran
  • Tetapkan ciri autopadam sejarah terjemahan
  • Pulihkan unit ke tetapan ketentuan kilang
  1. Ketik image- image [Menu] - [Set Semula].

    Ketik item yang dipaparkan apabila perlu.
    image

CATATAN

  • Perisian tidak akan kembali ke versi sebelumnya walaupun unit dipulihkan ke tetapan ketentuan kilang.
  • Semua Kegemaran dan sejarah terjemahan akan dipadam. Untuk memadam masukan individu, rujuk perkara berikut.
    imageMemadam Kegemaran
    imageMemadam terjemahan sebelumnya
  • Home
  • Memasukkan SIM

Memasukkan SIM

CATATAN

  • Untuk model komunikasi global, SIM terbina dalam unit dan slot kad dikosongkan.
  • Unit ini menyokong kad SIM nano.
  • Kad SIM selain daripada yang ditentukan oleh Sourcenext tidak disokong.

Masukkan objek berhujung nipis dengan berhati-hati untuk mengeluarkan slot kad SIM.
image

Lekapkan kad SIM nano pada slot kad SIM, dan masukkan ke dalam unit.

  • Home
  • Pencarisilapan

Pencarisilapan

IsuPenyelesaian
Unit tidak beroperasi dengan betul.
  1. Mulakan semula unit.
    Menghidupkan atau mematikan unit
  2. Kembalikan unit ke tetapan ketentuan kilang.
    Menggunakan ciri Set Semula
Jika isu ini berterusan, isyarat yang disokong mungkin berada di luar julat. Cuba sambungkan menerusi Wi-Fi dengan peranti yang berfungsi.
  • Home
  • Soalan lazim

Soalan lazim

Seksyen ini merumuskan beberapa soalan lazim mengenai unit dalam format Q&A (Soal Jawab).

IsuPenyelesaian
Unit tidak boleh dicas.Tunggu lebih kurang 15 minit ketika ia dicas. Jika baki paras bateri tidak ada sama-sekali, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mula mengecas. Jika pengecasan tidak dimulakan walaupun selepas 15 minit, sila hubungi pusat sokongan.
Jika unit tidak boleh dihidupkan.Semak paras bateri. Ia mungkin tidak dapat dimulakan kerana baki paras bateri sudah kehabisan. Jika tidak dapat dihidupkan walaupun selepas mengecasnya, sila hubungi pusat sokongan.
Saya mahu menyemak bahasa yang disokong.Sila rujuk ke laman web rasmi kami.
http://rd.snxt.jp/62495
Saya mahu menyemak negara yang menyokong komunikasi global.Sila rujuk ke laman web rasmi kami.
http://rd.snxt.jp/34280
“Tiada sambungan Internet” dipaparkan dan terjemahan tidak berfungsi.
  1. Mulakan semula unit.
    Menghidupkan atau mematikan unit
  2. Matikan [OFF] transmisi data, kemudian hidupkan [ON].
    Tetapan rangkaian mudah alih
Jika isu ini berterusan, isyarat yang disokong mungkin berada di luar julat. Cuba sambung menerusi Wi-Fi atau menambat dengan peranti yang berfungsi.
Ada kalanya unit menjadi panas ketika dicas atau semasa digunakan.Unit mungkin menjadi panas ketika dicas atau semasa digunakan dalam tempoh yang lama. Ini perkara biasa.
Saya mahu tahu tentang prosedur pendaftaran untuk khidmat lanjutan waranti yang meluas.Prosedur tersebut bergantung sama ada nombor pendaftaran anda ialah “nombor siri (21 digit)” atau “PIN (10 digit)”. Rujuk kepada prosedur berikut.
  • Bagi mereka dengan nombor siri (21 digit)
    Lawat laman web berikut dan daftar sebagai pengguna.
    http://rd.snxt.jp/28471
    Selepas mendaftar sebagai pengguna, pendaftaran untuk khidmat lanjutan waranti yang meluas turut dilengkapkan.
  • Bagi mereka dengan PIN (10 digit)
    Lawat laman web berikut dan masukkan PIN anda.
    http://rd.snxt.jp/89224
    Selepas memasukkan PIN anda, pilih butang [Seterusnya] untuk memaparkan nombor siri. Ikut arahan pada halaman dan daftar sebagai pengguna.
  • Home
  • Spesifikasi

Spesifikasi

Saiz unit
(Tinggi × lebar × tebal)
Kira-kira 91 × 53 × 11 mm
Berat unitKira-kira 75 g
OSAndroid™ 8.1
CPUARM Cortex53 Quad-Core 1.3 GHz
MemoriTerbenam (ROM/RAM)8 GB/1 GB
Paparan2.8 inci (panel sentuh)
KameraKamera utama8 megapiksel
BateriBateri ion litium
Kapasiti bateri1200 mAh
Suhu operasi0℃ ke 40℃ (tanpa pemeluwapan)
Suhu penyimpanan-20℃ ke 45℃
Sambungan luaranWi-FiIEEE802.11 a/b/g/n
2.4 GHz1 ke 11 saluran
5 GHz5.2 GHz, 5.3 GHz, 5.6 GHz
Bluetooth®4.2
Peranti luaran/lain-lainUSB Jenis C™ (untuk mengecas)
Sistem komunikasi/frekuensiMenyokong jalur frekuensi 4G LTE (FDD-LTE)1, 2, 3, 5, 7, 8, 18, 19, 20, 26, 28b
Menyokong jalur frekuensi 4G LTE (TD-LTE)38, 39, 40
Menyokong jalur frekuensi 3G (W-CDMA)1, 2, 5, 6, 19
Slot SIMTerbenameSIM (tidak boleh ditanggal)
Slot luaranSIM nano
AksesoriKabel USB Jenis C™Voltan masuk: 5V
Arus masuk: sehingga 2A
Pengecas USBInput: AC 100-240 V 50-60 Hz
Output: Voltan 5V, Arus: 1A

CATATAN

Jangan masukkan SIM untuk Private LTE (B39), kerana ia tidak boleh digunakan di Jepun.

  • Home
  • Dikilang oleh

Dikilang oleh

Kami menerima pertanyaan mengenai produk di halaman sokongan kami.
https://rd.snxt.jp/56824

Untuk khidmat selepas jualan, sila rujuk kepada terma sokongan produk Sourcenext di URL berikut.
https://rd.snxt.jp/56824

Pertanyaan melalui e-mel
http://rd.snxt.jp/51991

Pertanyaan melalui telefon
TEL: 0570-000-762
Waktu operasi: 10 PG hingga 6 PTG (sepanjang tahun)

  • Home
  • Mengitar Semula

Mengitar Semula

Kotak/pembungkusan luar

Pengasingan bungkusan berbeza-beza mengikut rantau. Lupuskan sisa buangan mengikut peraturan di bandar anda. Lambang pengenalan bahan dipaparkan pada pembungkusan luar.

Produk

Produk ini menggunakan bateri ion litium.
Jika produk tidak lagi digunakan, lupuskan produk dan aksesorinya menurut ordinan tempatan atau pengawalseliaan di rantau anda, dan jangan dilupuskan bersama sisa buangan biasa.
image

Error

Cetak

  • foo
  • bar